Apa Itu Digital Inverter Boost?
Digital Inverter Boost adalah teknologi compressor Samsung yang menggabungkan 8-pole inverter motor dengan algoritma boost untuk memberikan penyejukan 43% lebih pantas berbanding compressor biasa, sambil menjimatkan sehingga 50% elektrik.
Bagaimana Ia Berbeza Daripada Inverter Biasa?
Semua aircond inverter menggunakan compressor yang boleh adjust kelajuan — ini yang menjadikannya jimat. Tetapi Samsung Digital Inverter Boost menambah satu lagi lapisan:
- Inverter biasa: Compressor pelan-pelan naikkan kelajuan → ambil masa 15-20 minit untuk sejukkan bilik
- Digital Inverter Boost: Compressor "boost" ke kelajuan maksimum dalam saat pertama → bilik sejuk dalam 8-10 minit → kemudian slow down untuk jimat tenaga
Analoginya: macam kereta sport yang boleh pecah 0-100 km/h dalam 3 saat, tapi lepas tu cruise pada 60 km/h jimat minyak.
8-Pole Motor vs 4-Pole Motor
Kebanyakan aircond guna compressor 4-pole motor. Samsung guna 8-pole motor — dua kali ganda bilangan kutub magnetik. Ini bermakna:
- Torque lebih tinggi — compressor lebih berkuasa
- Getaran lebih rendah — kurang bunyi bising
- Operasi lebih smooth — kurang haus pada parts
- Hayat lebih panjang — Samsung jamin compressor tahan 10 tahun
Penjimatan Sebenar Pada Bil Elektrik
Contoh pengiraan untuk bilik 150 sqft dengan Samsung 1.5HP Inverter Boost:
- Aircond non-inverter lama: ~RM180/bulan (8 jam/hari)
- Samsung Digital Inverter Boost: ~RM90/bulan (8 jam/hari)
- Jimat: ~RM90/bulan = ~RM1,080/tahun
Dalam masa 2 tahun, penjimatan elektrik sahaja sudah hampir "bayar balik" harga aircond baru.
Bunyi Bising — Serendah 21 dBA
Untuk perspektif:
- Daun jatuh = 10 dBA
- Samsung Digital Inverter Boost = 21 dBA
- Bisikan = 30 dBA
- Aircond lama biasa = 40-50 dBA
- Perbualangan biasa = 60 dBA
Samsung pada 21 dBA bermakna anda hampir tak dengar langsung unit sedang beroperasi. Sesuai untuk bilik tidur dan bilik bayi.
Model Samsung Dengan Digital Inverter Boost
- Samsung Wind-Free™ Premium — Digital Inverter Boost ✅
- Samsung AR9500T — Digital Inverter Boost ✅
- Samsung AR5500 — Digital Inverter (tanpa Boost)
- Samsung Non-Inverter — tiada inverter
Nak Samsung Digital Inverter Boost?
WhatsApp kami di +60189294628 untuk harga dan pemasangan. Dari RM1,680 (unit + pasang) atau sewa beli dari RM99/bulan.



